Reka bentuk dan ciri-ciri Steyr_AUG

AUG merupakan salah satu senjata raifal tempur pertama yang menggunakan rekabentuk bullpup, yang menjadikannya 25% lebih pendek dari senjata raifal lain yang larasnya sama panjang, tanpa mengurangkan ketepatan. Sebahagian besar versi AUG dilengkapi dengan pejera teleskopik 1.5x yang terkini. AUG dikatakan memiliki kemampuan ergonomik termodern. Faktor lain bagi AUG ini misalnya memiliki kemampuan menembak oleh penembak dengan menggunakan tangan kanan mahupun kidal, dan mengunakan bahan plastik polimer. Rekabentuk ini direka oleh Horst Wesp, Karl Wagner dan Karl Möser

Laras Steyr AUG boleh mudah ditukarganti, misalnya dari laras karbin kepada laras biasa atau lebih panjang. Malahan AUG turut mempunyai peringkat pengubahsuaian yang boleh mengubahkannya menjadi submesingan berkaliber 9 mm. Versi lain, seperti mesingan ringan yang mempunyai laras yang lebih berat, tidak boleh diubahsuai dan terdiri daripada pelbagai sistem bolt dan picu senjata.